Kancah Pasifik Barat Daya (Perang Dunia II)

Kawasan Pasifik Barat Daya, seperti yang ditetapkan oleh Ketua Turus Bersama AS
Kapal kruiser Canberra Australia (kiri tengah) melindungi tiga kapal pengangkut Bersekutu (belakang dan kanan tengah) yang sedang memunggah bekalan dan tentera di Tulagi
Tentera Australia di Teluk Milne, New Guinea. Tentera Darat Australia yang mula-mula mengalahkan Tentera Darat Imperial Jepun semasa Perang Dunia II dalam Pertempuran Teluk Milne pada Ogos–September 1942
Tentera Jepun dimuatkan kedalam sebuah kapal perang sebagai persediaan untuk perjalanan Tokyo Ekspres pada tahun 1942

Kancah Pasifik Barat Daya, semasa Perang Dunia II, ialah satu kancah utama diantara Pihak Sekutu dan Jepun. Ia meliputi Filipina, Hindia Timur Belanda (kecuali Sumatra), Borneo, Australia dan mandatnya seperti New Guinea (termasuk Kepulauan Bismarck) dan bahagian barat Kepulauan Solomon. Kawasan ini telah didefinisikan oleh kuasa Bersekutu sebagai Kawasan Pasifik Barat Daya.

Dalam kancah Pasifik Barat Daya, tentera Jepun menentang terutamanya dari tentera-tentera Amerika Syarikat dan Australia. New Zealand, Belanda (sebahagian besarnya Hindia Timur Belanda), Filipina, United Kingdom, dan tentera negara Bersekutu yang lain.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search